Lontarkan visi anda keluar dari kepompong asmara

Monday, 21 March 2011

19 Hari Lagi!

Jangan lupa kepada semua bahawa event ini akan berlangsung pada 9 April di Stor Teater DBP. Saya dan rakan sudah tengok tempatnya, dan memang chun! Tunggu masa saja. Diharap ramailah yang datang dan memeriahkan suasana nanti.

Oh ya! Jangan lupa juga sediakan soalan-soalan tembak meriam api kepada kami di saat diskusi itu nanti. Kami cuba untuk menjawab (Tapi janganlah soal kami 'Siapa bapa kemerdekaan negara Malaysia?' pulak. Berikan soalan yang berkaitanlah). 

Dan buat mereka yang tak tahu atau terlambat tahu, kami akan menayangkan 6 tayangan filem pendek dan akan didiskusikan. Ada dalam entri sebelum ini.

Azri Abu Hassan "Kopitiam Kurang Manis"

Maz Irwan Azani "Zahir Tak Terucap"

Aliff Ihsan Rahman "Sesat"

Ashroff Nor Shaid "Mata Boleh Melihat"

Ammar Abdul Adzis "Jakarta : Menunggu Sepi"
(dalam pembikinan)

Mislina Mustafa "The Frame"
(dalam pembikinan)



(Maaf "The Frame" masih belum dapat disediakan lagi maklumatnya kerana pembikin filem itu sedang di luar negara makan angin dan akal)

Jadi, apa ditunggu lagi? Eh, memanglah kena tunggu. Tunggu 9 April nanti. Diberitahu sekali lagi, kepada mereka-mereka yang mahu membuat jual-beli di luar Stor Teater itu, amatlah dialu-alukan. Untuk memeriahkan suasana. 

Thursday, 10 March 2011




Angkatan Pembikin Filem akan mengadakan satu event seperti berikut :-

Tajuk : (jelas di atas) 'Angkatan Pembikin Filem Baru!'
Tempat : Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka
Masuk : PERCUMA!!!
Waktu : 8.00 malam

Akan ada 6 filem pendek yang akan ditayang dan didiskusikan. Diskusi akan dimoderatorkan oleh A. Wahab Hamzah. Insya-Allah akan ada jual-jual semasa di luar bilik tayangan - antaranya buku indipenden, Angkatan Pembikin Filem (zine filem) akan diperkenalkan dan lain-lain. Selepas diskusi, kami menyediakan sedikit makan dan minum untuk santapan perut kalian. 

Semua orang boleh datang. Semua orang dijemput hadir. Jadi, datanglah beramai-ramai memeriahkan acara kami ni. 

p/s : kenapa 'p/s' selalu kecil ya? Apa pun, kepada semua pengkarya dan pembikin filem pendek, bolehlah bawa karya kalian untuk sesi tayangan semasa makan (selepas diskusi). Bawalah format DVD. Sedap mata memandang. 



Filem Pendek yang akan ditayang dan diskusikan :-


“Sesat”
Durasi : 10 minit
Corak : Horror / Thriller / Drama
Pengarah : Aliff Ihsan Rahman
Tahun Dihasilkan : 2010
Pencapaian : Minggu Roh Ramadhan 2010 anjuran ASWARA (pertama kali ditayangkan di luar ASWARA)
Sinopsis : Azman seorang pemuda kini yang melalui jalannya seperti biasa. Akhirnya dia sesat mencari jalan pulang. Muncul pula seorang Pak Cik yang mahu menumpang keretanya.


“Zahir Tak Terucap”
Durasi : 19 minit
Corak : Drama Ringan
Pengarah : Maz Irwan Azani
Tahun Dihasilkan : 2009
Pencapaian : 12th KNUA Graduation Film Festival (pertama kali ditayangkan di Asia Tenggara)
Sinopsis : Aksi sayang suami terhadap isteri dalam bahasa yang tak terlafaz.


“Kopitiam Kurang Manis”
Durasi : 14 minit
Corak : Romantik Satira
Pengarah : Azri Abu Hassan
Tahun Dihasilkan : 2008
Pencapaian : Finalis Anugerah Filem Pendek Terbaik dalam Fetival Filem Malaysia ke-21 (2008), Finalis Filem Pendek Terbaik dalam NextGEN Contentprenuer Award (2009) - (pertama kali ditayangkan kembali sejak 2009)
Sinopsis : Kedai Kopitiam Ah Keong menerima banyak aduan mengenai kopinya. Muncul Fatimah, gadis dari Indonesia membantunya. Tiba-tiba, kopitiamnya kembali menjadi laris.


“Mata Boleh Melihat”
Durasi : 21 minit
Corak : Keagamaan
Pengarah : Ashroff Nor Shaid
Tahun Dihasilkan : 2010 (pertama kali ditayangkan di dunia)
Sinopsis : Al-Baseer adalah Yang Maha Melihat. Baseer seorang buta menuju ke masjid seperti biasa. Siapa Baseer?


"Jakarta : Menunggu Sepi"
Durasi : 17 minit
Corak : Drama Kemanusiaan
Pengarah : Ammar Abdul Adzis
Tahun Dihasilkan : 2009 
Pencapaian : Festival Komuniti Sanggar Salihara Jakarta (pertama kali ditayangkan di Malaysia)
Sinopsis : Malik graduan Ijazah. Dia bertemu dengan Selamat yang membawa Malik kepada pekerjaannya sekarang; menjadi penyeluk saku. Tetapi Malik sendiri ingin mengubah kumpulan seluk saku Selamat.




"The Frame"

Durasi : 4 minit
Corak : ?
Pengarah : Mislina Mustafa
Tahun Dihasilkan : ?
Pencapaian : (pertama kali ditayangkan di dunia)
Sinopsis : Masih misteri


Anda semua dialu-alukan hadir. Bagi mereka yang mahu membuat jual-beli di luar bilik tayangan, adalah dialu-laukan lagi untuk memeriahkan suasana.