Lontarkan visi anda keluar dari kepompong asmara

Monday 2 May 2011

Bengkal Asas Pembikinan Filem Pendek! @ Hari Belia Negara 2011 Putrajaya!

Bengkel filem pendek dianjurkan oleh Angkatan Pembikin Filem adalah sebuah bengkel yang bakal memberi ilmu asas pembikinan filem pendek serta mencungkil bakat dalam aspek disiplin dan asas filem pendek. Bersempena Himpunan Sejuta Belia Hari Belia Negara di Putrajaya, Angkatan Pembikin Filem selaku penganjur bengkel ini memberi ilmu bagaimana membikin filem pendek kepada golongan belia agar mereka dapat mencungkil bakat serta kreativiti menyampaikan cerita kepada khalayak umum. Bengkel filem pendek ini juga mempunyai keistimewaan dari segi program yang bakal di jalankan. Tentatif program ini dilaksanakan selama 3 hari bermula pada 27, 28 dan 29 Mei 2011 bagi melengkapi tuntutan bengkel ini. 
Malah, selepas tamat bengkel filem pendek ini, peserta juga diminta membentuk 6 kumpulan dan diberi tugas membuat filem pendek. Tujuan tugasan filem pendek ini dilakukan adalah peserta perlu mengaplikasikan apa yang dipelajari semasa bengkel telah di jalankan. Kemudian, peserta juga diminta membuat penyuntingan untuk melengkapi dan di jadikan produk akhir filem pendek untuk di tayangkan. 
Seminggu selepas bengkel tersebut, Mini Festival akan diadakan untuk memberi penghargaan kepada peserta. Ianya akan  menjadi seperti Malam Gala Festival Filem dengan skala kecil. Semua filem pendek yang dijayakan, akan ditayang pada malam  tersebut dengan ada anugerah-anugerah filem pendek yang asas. 



TARIKH : 27 MEI 2011
HARI : JUMAAT
TEMPAT : PENDAFTARAN (DI GERAI ANGKATAN PEMBIKIN FILEM) – KELAS TEORI (DI RUANGAN YANG DISEDIAKAN LORONG SENI)
9.00 AM – 1.00PM
- PENDAFTARAN PESERTA
- PERKENALAN KEPADA ANGKATAN PEMBIKIN FILEM

3.00 PM – 5.00PM
- PENGENALAN BENGKEL FILEM PENDEK
- PENJANAAN IDEA KE SKRIP 
- ASAS PENGARAHAN DAN LAKONAN
- ASAS TEKNIK VIDEOGRAFI
- ASAS PENGURUSAN PRODUKSI

5.00 PM – 7.00PM
- PEMBIKINAN SKRIP

7.00 PM – 8.00PM
- PENYERAHAN SKRIP UNTUK DINILAI 
(semua peserta dikehendaki memberi idea & skrip. Dan sebanyak 12-15 idea & skrip filem pendek yang akan dipilih untuk proses pitching)

8.00 PM – 10.00PM
- SESI PITCHING SKRIP 
- PEMBAHAGIAN KEPADA 6 KUMPULAN 
- PENERANGAN UNTUK PENGGAMBARAN


TARIKH : 28 MEI 2011
HARI : SABTU
TEMPAT : SEKITAR KAWASAN HARI BELIA NEGARA
9.00 AM – 10.00 AM
DAFTAR DAN SARAPAN

10.00 AM – 11.00 AM
TAKLIMAT PENGGAMBARAN

11.00 AM – 1.00PM
PENGGAMBARAN SEMUA KUMPULAN
1.00 PM – 2.00 PM
MAKAN TENGAH HARI

2.00 PM – 6.00 PM 
PENGGAMBARAN SEMUA KUMPULAN

6.00 PM – 7.00 PM 
MAKAN MALAM 

7.00 PM – 9.30 PM 
PENGGAMBARAN SEMUA KUMPULAN

9.30 PM – 10.00 PM
PENYERAHAN FOOTAGE & TAKLIMAT PENYUNTINGAN

Penggambaran akan dilakukan serentak sambil diperhatikan oleh penyelia (fasilitator) sepanjang penggambaran. Di sini, mereka juga akan diajar mengenai permasalahan semasa penggambaran – penggunaan premis, pelakon dan lain-lain. 

TARIKH : 29 MEI 2011
HARI : AHAD
TEMPAT : PUSAT SIBER, BANGUNAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
9.00 AM – 10.00 AM
DAFTAR DAN SARAPAN
10.00 AM – 11.00 AM
KELAS ASAS PENYUNTINGAN
11.00 AM – 1.00 PM 
SUNTINGAN 3 KUMPULAN (A, B & C)
1.00 PM – 2.00 PM
MAKAN TENGAH HARI

2.00 PM – 4.00 PM
SUNTINGAN 3 KUMPULAN (A, B & C)

4.00 PM – 6.00PM
SUNTINGAN 3 KUMPULAN (D, E & F)

6.00 PM – 7.00 PM 
MAKAN MALAM

7.00 PM – 9.00 PM 
SUNTINGAN 3 KUMPULAN (D, E & F)

9.00 PM – 10.00 PM
TAKLIMAT

BERSURAI
Proses Pos-Produksi akan dipecahkan kepada 2 slot (4 jam setiap slot). Kompputer cuma ada 3 sahaja. Jadi pecahan kumpulan untuk penyuntingan akan dipecahkan 2 kumpulan untuk 2 slot suntingan. Selepas tamat penyuntingan, filem pendek yang sudah disiapkan secara kasar, akan diberikan satu salinan DVD. 

Tetapi, kami akan memperhalusi filem pendek tersebut dengan efek dan grafik permulaan dan credit title (4 jam slot hanya sempat untuk menyunting cerita sahaja). Kerana itu, kami akan membuat Mini Festival untuk menayangkan versi akhir filem pendek mereka. 



TEMA FILEM PENDEK
Kami telah menetapkan akan ada tema untuk pembikinan filem pendek ini. Tema tersebut adalah :-
- Belia dan Sukan
- Eco-Green
- 1Malaysia 
- Kesukarelaan
Dengan filem pendek yang dihasilkan, kami akan menyertai festival-festival pendek yang akan diadakan di dalam dan luar negara di bawah Angkatan Pembikin Filem dengan kerjasama Bahagian Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan. 
DURASI FILEM PENDEK
Filem pendek bengkel hendaklah dihasilkan dalam durasi 2-5 minit


YURAN KEMASUKAN
Yuran bagi pendaftaran bengkel ini adalah RM70 sahaja! Makan minum, 4 kali sehari selama 3 hari disediakan. Anda akan mendapat ilmu serta hasilnya satu filem pendek hasil kerja tangan anda sekalian! Akan ada Mini Festival yang menayangkan filem pendek anda dan anugerah akan disampaikan oleh orang di dalam industri ini sendiri. 

Anda disarankan untuk membawa kamera anda sendiri bagi membiasakan diri sendiri dengan kamera kepunyaan sendiri.

Segala tempahan dan pertanyaan, silalah emel atau telefon sendiri kami di :-

angkatanpembikinfilem@gmail.com
Azri Abu Hassan : 012-3618562
Ashroff Nor Shaid : 019-2942092
Maz Irwan Azani : 014-3454365
Suhaili Nurdin : 012-2528460



Friday 22 April 2011

Yang Terbaru Mengenai 'Tuisyen Filem'

Yuran kemasukan pendaftaran adalah RM20. Anda akan dapat sehelai baju-T, makan minum (pagi, tengah hari dan petang), fail pembelajaran, sticker 'Angkatan Pembikin Filem' dan ilmu dari 4 orang tenaga pengajar. Anda pasti tidak akan menyesal!

Jadi, untuk mendaftar, sila hantarkan maklumat diri :-

Nama Penuh : 
Alamat : 
Nombor Kad Pengenalan : 
Nombor Telefon Bimbit : 
Tarikh dan Masa kemasukan wang (bank-in - Sila simpan resit anda sebagai bukti pendaftaran) : 


Kepada :-

angkatanpembikinfilem@gmail.com

Segala persoalan, bolehlah diajukan ke laman Facebook kami 'Angkatan Pembikin Filem' atau 'Tuisyen Filem (Mari Membaca Filem!)' atau telefon kami secara langsung. 

Tarikh tutup pendaftaran adalah pada pukul 12 tengah malam 4 Mei 2011. Tempat adalah terhad. 


Azri Abu Hassan : 012-3618562
Ashroff Nor Shaid : 019-2942092
Maz Irwan Azani : 014-3454365
Suhaili Nurdin : 012-2528460

Thursday 21 April 2011

Tuisyen Filem (Mari Membaca Filem!)

Kebanyakan daripada rakyat Malaysia, tidak memahami dunia seni. Bagaimana mahu menganalisa sesebuah persembahan, menilai sebuah lukisan, memahami gerak tari dan membaca nilai sesebuah filem. Tak kiralah filem Malaysia mahupun luar negara. Mereka menonton trailer filem, melihat pelakon yang ternama, menonton filem tersebut dan apabila keluar dari pawagam, mereka pergi makan. Ini bermakna mereka menganggap filem (wayang gambar) sebagai hiburan semata-mata walhal di dalam filem itu sendiri banyak perkara yang boleh dibincangkan dan dibaca – walaupun di dalam filem itu tidak menerangkan segala-galanya dalam dialog, ia akan diterangkan dengan set, rekaan filem, sinematografi (secara amnya, mis-en-scene).

                Jadi, ‘Tuisyen Filem’ ini merupakan sebuah bengkel (kelas belajar = tuisyen) untuk menerangkan dan mengajar pelajar (rakyat Malaysia yang menghadirkan diri) cara membaca sesebuah filem – secara amnya, bagaimana menilai sebuah filem selepas menonton. Kelas ini juga dibukakan khusus kepada bloggers yang berminat dalam bidang seni dan berminat dalam bidang penontonan filem tetapi tidak dapat memahami filem itu. 




Tarikh : 8 Mei 2011 (Ahad)

Masa : 9 pagi - 6 petang

Tempat : ASWARA

Yuran : RM 20

(akan dapat baju T-Shirt 'Angkatan Pembikin Filem' serta sedikit lain-lain cenderahati)



Kelas :-

10 pagi : Competent Film, Good Film & Great Film’ (filem yang berupaya bercerita, filem yang baik dan filem yang hebat) oleh Maz Irwan Azani

11.30 pagi : Analysis Film’ (filem analisa) oleh Azri Abu Hassan

2 petang : 'Mis-En-Scene' oleh Patrick Lim

3.30 petang : Result for Watching Film’ (mendapat keputusan dalam menonton filem) oleh Samad Hassan


Minum pagi, makan tengah hari dan minum petang juga akan disediakan. Selepas sesi tuisyen tamat, sesi bergambar akan diadakan.

Kepada mereka yang gemar menonton filem, yang berminat dengan dunia perfileman, umur 15 tahun dan ke atas, amatlah dialu-alukan. Dan diingatkan juga, supaya pemikiran matang diperlukan dalam sesi kelas ini nanti. 

Jadi, datanglah beramai-ramai! 




Sebarang pertanyaan : 


Facebook : Angkatan Pembikin Filem / Tuisyen Filem (Mari Membaca Filem!)
angkatanpembikinfilem@gmail.com
Azri Abu Hassan : 012-3618562
Ashroff Nor Shaid : 019-2942092
Maz Irwan Azani : 014-3454365 
Suhaili Nurdin : 012-2528460

Wednesday 6 April 2011

Angkatan Pembikin Filem Baru! 2 Hari Lagi!!!

Ada assignment? Ada proposal? Ada kerja rumah? Apa? Mak suruh beli barang dapur? Lupakan untuk sementara. Ajak semua yang menyuruh dan mengarah anda ke event kami sabtu ini! Jangan lupa!


 9 April 2011 (Sabtu) 
 8 Malam 
 Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka 
 Masuk Percuma 
Ada makan-makan selepas diskusi *


Bagi yang tak tahu jalan, carilah dalam GoogleMaps. Kitakan bijak... Ini sedutan untuk hati anda menyatakan "Aku akan hadir!!!"







Jadi, tunggu apa lagi? Tunggulah pada tarikh dan masa!!! Jumpa di sana!

Monday 21 March 2011

19 Hari Lagi!

Jangan lupa kepada semua bahawa event ini akan berlangsung pada 9 April di Stor Teater DBP. Saya dan rakan sudah tengok tempatnya, dan memang chun! Tunggu masa saja. Diharap ramailah yang datang dan memeriahkan suasana nanti.

Oh ya! Jangan lupa juga sediakan soalan-soalan tembak meriam api kepada kami di saat diskusi itu nanti. Kami cuba untuk menjawab (Tapi janganlah soal kami 'Siapa bapa kemerdekaan negara Malaysia?' pulak. Berikan soalan yang berkaitanlah). 

Dan buat mereka yang tak tahu atau terlambat tahu, kami akan menayangkan 6 tayangan filem pendek dan akan didiskusikan. Ada dalam entri sebelum ini.

Azri Abu Hassan "Kopitiam Kurang Manis"

Maz Irwan Azani "Zahir Tak Terucap"

Aliff Ihsan Rahman "Sesat"

Ashroff Nor Shaid "Mata Boleh Melihat"

Ammar Abdul Adzis "Jakarta : Menunggu Sepi"
(dalam pembikinan)

Mislina Mustafa "The Frame"
(dalam pembikinan)



(Maaf "The Frame" masih belum dapat disediakan lagi maklumatnya kerana pembikin filem itu sedang di luar negara makan angin dan akal)

Jadi, apa ditunggu lagi? Eh, memanglah kena tunggu. Tunggu 9 April nanti. Diberitahu sekali lagi, kepada mereka-mereka yang mahu membuat jual-beli di luar Stor Teater itu, amatlah dialu-alukan. Untuk memeriahkan suasana. 

Thursday 10 March 2011




Angkatan Pembikin Filem akan mengadakan satu event seperti berikut :-

Tajuk : (jelas di atas) 'Angkatan Pembikin Filem Baru!'
Tempat : Stor Teater Dewan Bahasa dan Pustaka
Masuk : PERCUMA!!!
Waktu : 8.00 malam

Akan ada 6 filem pendek yang akan ditayang dan didiskusikan. Diskusi akan dimoderatorkan oleh A. Wahab Hamzah. Insya-Allah akan ada jual-jual semasa di luar bilik tayangan - antaranya buku indipenden, Angkatan Pembikin Filem (zine filem) akan diperkenalkan dan lain-lain. Selepas diskusi, kami menyediakan sedikit makan dan minum untuk santapan perut kalian. 

Semua orang boleh datang. Semua orang dijemput hadir. Jadi, datanglah beramai-ramai memeriahkan acara kami ni. 

p/s : kenapa 'p/s' selalu kecil ya? Apa pun, kepada semua pengkarya dan pembikin filem pendek, bolehlah bawa karya kalian untuk sesi tayangan semasa makan (selepas diskusi). Bawalah format DVD. Sedap mata memandang. 



Filem Pendek yang akan ditayang dan diskusikan :-


“Sesat”
Durasi : 10 minit
Corak : Horror / Thriller / Drama
Pengarah : Aliff Ihsan Rahman
Tahun Dihasilkan : 2010
Pencapaian : Minggu Roh Ramadhan 2010 anjuran ASWARA (pertama kali ditayangkan di luar ASWARA)
Sinopsis : Azman seorang pemuda kini yang melalui jalannya seperti biasa. Akhirnya dia sesat mencari jalan pulang. Muncul pula seorang Pak Cik yang mahu menumpang keretanya.


“Zahir Tak Terucap”
Durasi : 19 minit
Corak : Drama Ringan
Pengarah : Maz Irwan Azani
Tahun Dihasilkan : 2009
Pencapaian : 12th KNUA Graduation Film Festival (pertama kali ditayangkan di Asia Tenggara)
Sinopsis : Aksi sayang suami terhadap isteri dalam bahasa yang tak terlafaz.


“Kopitiam Kurang Manis”
Durasi : 14 minit
Corak : Romantik Satira
Pengarah : Azri Abu Hassan
Tahun Dihasilkan : 2008
Pencapaian : Finalis Anugerah Filem Pendek Terbaik dalam Fetival Filem Malaysia ke-21 (2008), Finalis Filem Pendek Terbaik dalam NextGEN Contentprenuer Award (2009) - (pertama kali ditayangkan kembali sejak 2009)
Sinopsis : Kedai Kopitiam Ah Keong menerima banyak aduan mengenai kopinya. Muncul Fatimah, gadis dari Indonesia membantunya. Tiba-tiba, kopitiamnya kembali menjadi laris.


“Mata Boleh Melihat”
Durasi : 21 minit
Corak : Keagamaan
Pengarah : Ashroff Nor Shaid
Tahun Dihasilkan : 2010 (pertama kali ditayangkan di dunia)
Sinopsis : Al-Baseer adalah Yang Maha Melihat. Baseer seorang buta menuju ke masjid seperti biasa. Siapa Baseer?


"Jakarta : Menunggu Sepi"
Durasi : 17 minit
Corak : Drama Kemanusiaan
Pengarah : Ammar Abdul Adzis
Tahun Dihasilkan : 2009 
Pencapaian : Festival Komuniti Sanggar Salihara Jakarta (pertama kali ditayangkan di Malaysia)
Sinopsis : Malik graduan Ijazah. Dia bertemu dengan Selamat yang membawa Malik kepada pekerjaannya sekarang; menjadi penyeluk saku. Tetapi Malik sendiri ingin mengubah kumpulan seluk saku Selamat.




"The Frame"

Durasi : 4 minit
Corak : ?
Pengarah : Mislina Mustafa
Tahun Dihasilkan : ?
Pencapaian : (pertama kali ditayangkan di dunia)
Sinopsis : Masih misteri


Anda semua dialu-alukan hadir. Bagi mereka yang mahu membuat jual-beli di luar bilik tayangan, adalah dialu-laukan lagi untuk memeriahkan suasana.